Thursday, April 4, 2013

Warisan ~ Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yg sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijsk milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Akhir2 ini jauh di sudut hati kecil ini sangat sayu, pedih, pilu, semangat patriotisme sangat tinggi. Sebulan lebih telah berlalu berhubung kes pencerobohan dan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah. Malaysia digegarkan dengan sedikit ujianNya... MasyaAllah... Sehinggakan tentera digunakan untuk berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara. Sungguh besar pengorbanan mereka berjuang untuk negara, agama & bangsa. Terima kasih anggota keselamatan dan semua yg terlibat. Jasamu dikenang. Ayuh semua... Ini bumi kita. Mari kita pertahankan sehingga ke titisan darah yg terakhir untuk masa depan anak cucu semua.

~published by iPhone~



No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...