Saturday, April 21, 2012

Resipi Kerabu Taugeh + Kerang

Dah makan semua? Mcm biasa wekend main masak2. Salah satu menu hari ni ialah kerabu taugeh + kerang. Sedap lauk2 gini. Igt nk buat pucuk paku td. Tapi masa x mencukupi nak buat gitu. Mungkin esok pulak kot ye. Hehe... Jom tgk resipi cecampak tadi

Bahan2:-
- isi kerang rebus 1 cawan
- bawang besar sebiji hiris nipis
- 4 sudu besar kerisik
- cili merah sebiji
- cili padi 5 biji
- taugeh semangkuk besar
- gula & garam secukup rasa
- air limau nipis 1 sudu besar

Cara2 membuatnya:-
1. Masak air smp mendidih. Curah dlm mangkuk taugeh & tos. Jgn smp lembik pulak
2. Bawang besar, cili merah & cili padi hiris nipis.
3. Campur semua bahan kecuali taugeh. Gaul rata.
4. Masukkan taugeh pula & gaul sebati. SIAP

~published by iPhone~


2 comments:

  1. salam kenal zalia, akk suka mkn kerabu2 ni, xkira la kerabu apa pun,layannnnn....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Selamat berkenalan. terima kasih sudi jengah2 sini. Kerabu ni mmg kegemaran ramai kan. Mcm2 jenis ade. Kite je yg x terbuat. Hehehe

      Delete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...