Sunday, August 28, 2011

Crystal Swarovski

Mood raya sangat la memuncak skrg ni kan... kita update lagi pasal baju raya... tapi orang punya ye, tukang jahit biasanya baju dia ringkas2 jekkk... hehehehe... Kali ni kite jahit manik tabur/billion beads kat atas fabrik sutera vietnam. Pelanggan yang menempah ni telah membeli kain yang dijual & kemudian menempah manik sekali. Beliau gemar dengan corak manik tabur serta crystal swarovski ni. Untuk perkongsian, bukan semua kedai alatan menjahit menjual crystal swarovski. Yg ni beli di Kedai Reben & Benang, KL sebab masa tu ade stok lain nak beli sama.

Update sikit pasal jenis2 manik yang digunakan:-

  • Crystal Swarovski warna rainbow clear saiz 4mm
  • Manik warna dark purple saiz 12-RR jenama Miyuki
  • Manik warna purple chocolate saiz 12-RR jenama Miyuki
  • Manik warna peach saiz 12-RR jenama MGB
Sedikit perkongsian tips:-
~ kalau nak beli crystal ni boleh beli kat kedai2 yang jual crystal juga
~ harga untuk crystal berwarna lebih mahal berbanding yang jernih/clear
~ beli crstal secara gross (144 biji) lebih murah berbanding beli dgn kuantiti mcm 50 biji ke
~ setakat ni manik jenama Miyuki masih mendahului carta harga mahal berbanding jenama lain... hehehe... tapi berbaloi beli dgn kuantiti 100gram sebab harga murah sedikit cuma kuantitinya banyak... manik ini adalah yang TERABEK setakat ni utk SINARAN kilauan :)

*** Kredit lebih kepada sahabat baik; Hairul sebab tolong beli stok manik dark purple & pos ke rumah sebab di akhir2 jahitan, habis pulak maniknya.... huhuhu

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...