Monday, July 25, 2011

Hanoi, Vietnam

Salam sejahtera...

Hampir 3 bulan tidak menulis di blog ini. Mohon maaf kepada yang berkunjung tetapi tiada khabar berita dari sini... Agak kesibukan sedikit :)

Pada 9-12hb Mei, 2011 yang lepas... sempat ke Hanoi, Vietnam. Buat apa di sana? Bisnes trip with my best friend. Kami berdua menjalankan perniagaan sutera dari Vietnam & India buat masa ini. Gambar agak kurang dalam simpanan sendiri kerana banyak di DSLR selain sibuk membeli-belah. Kami pergi dengan penerbangan AK870 Kualau Lumpur-Hanoi menggunakan LCCT Airport to Noi Bai International Airport mengambil masa 3 jam. Sampai di sana kami berdua ke Old Quarters menaiki van dengan bayaran 4 USD seorang.


Hairul beli topi untuk elak panas esoknya.
Bulan May di sana, cuacanya sangat panas.
Elok pergi sana di antara November ke Mac (cuaca sejuk)
Di Old Quartes, Hanoi ni... yang bagusnya setiap jalan
perniagaannya berbeza. Contohnya ini... ialah jalan menjual topi saje
kalau pegi jalan sebelahnya... hanya kasut sahaja
sampai pening dibuatnya (pening nak pilih.... hahaha)


sistem pendawaian elektrik disana agak kelam kabut
sangat menakutkan... huhu


Beg dompet untuk menyimpan syiling... cantikkan
handmade ni... antara yang sempat di beli


English cotton table clothes with handmade embroidery
sangat kagum dengan hasil seni... harganya sedikit mahal


Tengah tunggu bas untuk ke Van Phuc Silk Village, Ha Dong
kat sana, pengangkutan awam yang utama ialah bas
jangan risau, walaupun kesukaran komunikasi,
tapi mereka sangat membantu...

November ini kami berdua akan ke negara China pula. Nantikan kehadiran kain-kain sutera dari sana pula. Berkemungkinan kami akan menjual juga kain cotton. Check it out :)

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...