Thursday, May 27, 2010

Bapa Saya Hebat ~ Ketam Masak Lemak Cili Padi

Hari ni masih berkisar cerita Bapa Saya Hebat... Mak lum sihat sepenuhnya. Lagipun, kami bagi cuti rehat kat Mak selama 3 bulan. Lepas ni Mak akan buat sebelah lagi minor surgery left side. Maka kami akan masih macam ni sampai la nanti nak Ramadhan baru Mak boleh masak2 kot. Kalau bapa yang masak, dia memang suka masak lemak cili padi. Semalam sewaktu membeli barang2 dapur di Tesco Melaka, jumpa ketam saiz XXL ni... Harganya pun mampu beli la kan. Ambik 3 ekor jek dan beratnya mencecah hampir 1kg. Anakanda dia balik tadi pas balik keje dah leh makan malam... Terima kasih Ayahanda Tercinta :-)

Hasil makan... sepinggan besar kulit2nya
tapi x leh nak makan seekor la... sebab ketam besar
makan sebelah jek
kenyang2 :-)

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...