Wednesday, August 26, 2009

5 Ramadhan 1430 H ~ Puff Daging

Utk berbuka hari ke 5 ni...
kena masak mcm2 le...
adik kena ciken pox... jd masak sup sayur...
mak pulak dah buntu nak masak ape dgn ikan tenggiri
tapi... hanya sempat snap pic utk puff daging ni je
sebab sempat snap... benda alah ni siap dibakar selepas
waktu berbuka... hehehe

4 ketul siap utk di makan :-)

ni close up sket....

buat semua 10 ketul.... 6 telah disejuk bekukan
nanti bila2 nak makan senang.... capai jek dlm freezer
leh terus bakar dlm oven :-)
Utk resipi.... kat bawah ni ye
Bahan-Bahannya
  • 10 keping kulit pastry (beli yg dah siap jek :D... nak buat x reti)
  • sebiji telur (dipukul.... utk diguna menyapu permukaan pastry nanti)
  • 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
  • 150 gram daging lembu (dipotong halus)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • sebiji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 sudu makan soso housin
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu teh garam
  • 1 tangkai daun sup (dipotong seinci2)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk kari daging

Cara-cara membuatnya

  1. Tumis bawang sehingga layu. Kemudian masukkan daging yg telah dihiris nipis dan halus beserta lada hitam yg ditumbuk dan serbuk kari tadi. Biarkan sehingga daging cukup masak dan kering air.
  2. Masukkan pula ubi kentang dan lobak merah yag telah dipotong dadu tadi. Biar sehingga kering air baru la letak 1 cawan air untuk mengempukkan ubi2 tersebut.
  3. Bila dah empuk masukkan semua jenis sos dan juga garam dan daun sup. Sejukkan
  4. Bila inti puff dah sejuk, boleh lah mula membuat puff dgn pastri yg sedia ada tu.... mcm2 bentuk ikut suka la kan. Sapukan telur di atas permukaan puff sebelum dibakar. Bakar pada suhu 150~170 darjah celcius selama 20 minit. (agak2 x abis kan... leh sejuk bekukan puff tersebut...nanti bila2 nak makan sng... capai jek leh masuk oven :-)

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...